Khamis, 29 Julai 2010
Hujan oh hujan & Takdir yang telah tertulis....
Pagi ni Bandaraya Johor Bahru kelihatan mendung..sampai ofis hujan dah lebat gile..siap ade petir & kilat..teringat aku 3 tahun yang lalu hari Jumaat 12.01.2007 aku nak balik Kuala Rompin tapi hujan lebat gile, tunggu ler aku dgn adik aku anim sampai hujan berhenti, hati aku Tuhan jek yang tahu risau sgt2 ape tak nyer 14.01.2007 ni aku nak NIKAH...Hujan masih tak berhenti, makin lebat ade ler..aku dengar radio jalan JB-Kota Tinggi dah tutup separuh jalan..dapat aku bayangkan jamme tu macammane..Tunang aku tengah keje sempat inform lagi, highway pasir gudang kat JPJ dah naik air...ape tak nye perjalanan dari rumah dia ke ofis just take 5 minit dah amik 2 jam nak sampai ofis.Aku nekad.."Anim kite angkat je barang2 hantaran kak Ina ni masuk keta..kite pegi isi minyak dulu.." aku ingat lagi saat tu..Mase kat Petronas Kempas aku terserempak satu pakcik & makcik nak pegi Kota Tinggi, dia cakap jalan Kota tak leh lalu dah Nak..aku call balai polis Mersing, diaorg kate jalan Kota - Mersing dah naik air, Jalan kat PULADA ade yang dah runtuh..Aku rase ni ler dugaan yang aku kena hadapi..kena amik jalan alternatif lalu Highway PLUS-Segamat-Muadzam-Rompin. Jalan tu memang jauh.Nak masuk TOL pun dah SESAK aduh pening..tapi yang best abang2 traler bagi aku lalu dulu sebab nampak keta aku penuh barang hantaran, adik jaga TOL tu siap tanye akak nak pegi kahwin ke? Aku hanya tersenyum & anggukkan kepala. He wish SELAMAT PENGANTIN BARU YE KAK.. Dalam perjalanan tu masa kat Labis aku dah x dapt nak bezakan mane jalan, mane sungai same je..aku ikut je traler kat depan tu. sepanjang jalan beristigfar je dalam hati. Si Anim yang kuat tido tu pun x tido dah kali ni muke macam dah x de darah..tau takut tengok banjir besar. Hujan masih lebat aku dah tak nampak jalan..simpang dari Segamat nak masuk Muadzam pun aku terlepas..tiba2 terbaca satu signboard.."SELAMAT DATANG KE GEMAS' makkk kat ner plak ni..aku dah masuk Negeri Sembilan plak..patah balik jauh jugak aku rase..Saat paling ngeri bile jambatan kat area selancar kot..dah runtuh sebelah..lori lebih 1 Tan & Traler dah tak leh lalu..keta2 kecik mcm aku dibenarkan lalu..pinggang aku dah sakit coz dah 8 jam aku drive ni..aku bawak 15km/jam je lalu kat bridge tu, eeee takut bile tgk luar tingkap nampak air sungai deras giler. Lepas tu terus pecut sbb kat depan dah x de lori2 yg menggangu penglihatan aku..hehehe kol 9mlm gak baru aku sampai Umah mak, tengok orang dah ramai..pelamin & bilik pengantin dah siap..ermm bersambung...
Khamis, 15 Julai 2010
Anugerah Terindah...

18/3/2009...1.15am..Saat yang aku sentiasa ingat sampai bila-bila...menanti kehadiran dia..masih terngiang-ngiang doktor bagitau aku.."baby awak boy" sambil merapatkan muka anak aku kat muka aku..aku dah tak bermaya nak pegang dia tapi aku cium pipi baby aku..menitik air mata aku mendengar laungan azan husband aku ke telinga anak kami...Suamiku mengucup dahiku..dan mata aku dah berat nak bukak..zzzzzzzzz tido..
Langgan:
Catatan (Atom)