Khamis, 28 Oktober 2010

CINTA ITU...

CINTA seorang LELAKI.....

Buat kaum Adam...
jika benar anda menyintai seorang wanita, lihatlah sama ada apa yang tertulis dibawah ini sama seperti apa yang anda alami dalam melayari dunia percintaan.

Bagi kaum Hawa pula...
hargailah mereka... kerana kita tidak akan tahu bila mereka akan pergi dari sisi kita. Bercinta ini banyak dugaan dan halangan yang akan datang tanpa diundang.

Semoga anda bijak memilih di antara permata dan kaca.

CINTA SEORANG LELAKI

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas
perubahan sikapnya amat mengejutkan.
Hati lelaki yg dianggap keras selama ini
tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh cinta dgn relanya

Bahkan lelaki yg mabuk cinta
sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.

Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya
dilukai.
Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Di antara tanda-tanda lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dgn rela
bukan
krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang
yg
kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi
kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan
cemburunya
yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa
berasa
curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak
menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn
dia
mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya
melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu
lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa
kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting
dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa
menunggu kasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak
percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya
kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat
apa
saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan
sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia
berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai
kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang
perempuan.

Hawa diciptakan dari rusuk adam
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan Pemimpinnya
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya
Melainkan dari sisinya Untuk di jadikan tempat hidupnya
Dekat dengan lengannya untuk di lindunginya
dan dekat di hatinya untuk di cintainya....

Di Wilayah selatan kutemui Cinta itu..
Bukan harta & kedudukan menjadi ukuran tapi
Kasih sayang & KESETIAAN yang sentiasa teguh.

Khamis, 29 Julai 2010

Hujan oh hujan & Takdir yang telah tertulis....

Pagi ni Bandaraya Johor Bahru kelihatan mendung..sampai ofis hujan dah lebat gile..siap ade petir & kilat..teringat aku 3 tahun yang lalu hari Jumaat 12.01.2007 aku nak balik Kuala Rompin tapi hujan lebat gile, tunggu ler aku dgn adik aku anim sampai hujan berhenti, hati aku Tuhan jek yang tahu risau sgt2 ape tak nyer 14.01.2007 ni aku nak NIKAH...Hujan masih tak berhenti, makin lebat ade ler..aku dengar radio jalan JB-Kota Tinggi dah tutup separuh jalan..dapat aku bayangkan jamme tu macammane..Tunang aku tengah keje sempat inform lagi, highway pasir gudang kat JPJ dah naik air...ape tak nye perjalanan dari rumah dia ke ofis just take 5 minit dah amik 2 jam nak sampai ofis.Aku nekad.."Anim kite angkat je barang2 hantaran kak Ina ni masuk keta..kite pegi isi minyak dulu.." aku ingat lagi saat tu..Mase kat Petronas Kempas aku terserempak satu pakcik & makcik nak pegi Kota Tinggi, dia cakap jalan Kota tak leh lalu dah Nak..aku call balai polis Mersing, diaorg kate jalan Kota - Mersing dah naik air, Jalan kat PULADA ade yang dah runtuh..Aku rase ni ler dugaan yang aku kena hadapi..kena amik jalan alternatif lalu Highway PLUS-Segamat-Muadzam-Rompin. Jalan tu memang jauh.Nak masuk TOL pun dah SESAK aduh pening..tapi yang best abang2 traler bagi aku lalu dulu sebab nampak keta aku penuh barang hantaran, adik jaga TOL tu siap tanye akak nak pegi kahwin ke? Aku hanya tersenyum & anggukkan kepala. He wish SELAMAT PENGANTIN BARU YE KAK.. Dalam perjalanan tu masa kat Labis aku dah x dapt nak bezakan mane jalan, mane sungai same je..aku ikut je traler kat depan tu. sepanjang jalan beristigfar je dalam hati. Si Anim yang kuat tido tu pun x tido dah kali ni muke macam dah x de darah..tau takut tengok banjir besar. Hujan masih lebat aku dah tak nampak jalan..simpang dari Segamat nak masuk Muadzam pun aku terlepas..tiba2 terbaca satu signboard.."SELAMAT DATANG KE GEMAS' makkk kat ner plak ni..aku dah masuk Negeri Sembilan plak..patah balik jauh jugak aku rase..Saat paling ngeri bile jambatan kat area selancar kot..dah runtuh sebelah..lori lebih 1 Tan & Traler dah tak leh lalu..keta2 kecik mcm aku dibenarkan lalu..pinggang aku dah sakit coz dah 8 jam aku drive ni..aku bawak 15km/jam je lalu kat bridge tu, eeee takut bile tgk luar tingkap nampak air sungai deras giler. Lepas tu terus pecut sbb kat depan dah x de lori2 yg menggangu penglihatan aku..hehehe kol 9mlm gak baru aku sampai Umah mak, tengok orang dah ramai..pelamin & bilik pengantin dah siap..ermm bersambung...

Khamis, 15 Julai 2010

Anugerah Terindah...



18/3/2009...1.15am..Saat yang aku sentiasa ingat sampai bila-bila...menanti kehadiran dia..masih terngiang-ngiang doktor bagitau aku.."baby awak boy" sambil merapatkan muka anak aku kat muka aku..aku dah tak bermaya nak pegang dia tapi aku cium pipi baby aku..menitik air mata aku mendengar laungan azan husband aku ke telinga anak kami...Suamiku mengucup dahiku..dan mata aku dah berat nak bukak..zzzzzzzzz tido..